Privacy Policy

KENYATAAN PRIVASI

Universal Robina Corporation (URC, kami) ialah syarikat induk Griffin’s Foods Limited, yang berdagang sebagai Syarikat Griffin’s Food. URC beriltizam untuk melindungi dan mengekalkan privasi maklumat peribadi anda selaras dengan peraturan-peraturan yang terpakai. Sekiranya kami meminta anda memberikan maklumat yang boleh mengenal pasti anda, kami memberi jaminan bahawa ia akan digunakan selaras dengan kenyataan privasi ini. 

Kenyataan privasi ini juga menetapkan bagaimana kami menggunakan dan melindungi maklumat peribadi yang anda berikan apabila anda menggunakan laman sesawang ini. 

Kami mungkin akan mengubah polisi ini dari semasa ke semasa untuk melindungi maklumat peribadi dan privasi anda dengan lebih baik. Sebarang perubahan boleh dilihat pada halaman ini, oleh itu kami menasihatkan agar anda menyemaknya apabila anda melawat laman sesawang ini.

APAKAH YANG KAMI KUMPULKAN?

Kami mungkin akan mengumpulkan maklumat berikut daripada anda: 

  • Nama;
  • Umur;
  • Maklumat hubungan termasuk, alamat surat-menyurat, alamat e-mel, nombor telefon
  • Kegemaran dan minat; dan
  • Lain-lain maklumat yang boleh digunakan untuk kaji selidik pelanggan, tawaran-tawaran pemasaran atau promosi dalam talian.

BILAKAH KAMI MENGUMPULKAN MAKLUMAT PERIBADI ANDA?

Kami mungkin akan mengumpulkan maklumat peribadi anda apabila anda: 

  • Melawat laman sesawang kami;
  • Menghubungi kami dengan menghantar pertanyaan, meninggalkan komen atau memberikan maklum balas di laman sesawang kami; dan
  • Melakukan sebarang urus niaga melalui laman sesawang kami seperti apabila anda melanggan untuk mendapat maklumat tentang produk-produk kami, mengambil bahagian dalam sebarang promosi dan aktiviti dalam talian kami.   

APAKAH YANG KAMI LAKUKAN DENGAN MAKLUMAT PERIBADI ANDA? 

Kami mendapatkan maklumat peribadi anda untuk memahami keperluan anda dan untuk menyasarkan produk-produk yang kami letakkan di pasaran dengan lebih baik. Secara lebih khusus, kami meminta maklumat peribadi anda: 

  • Bagi tujuan pentadbiran dan penyimpanan rekod;
  • Agar kami boleh menghantar kepada anda, melalui mana-mana maklumat hubungan yang anda berikan, bahan-bahan promosi, tawaran-tawaran istimewa atau lain-lain maklumat yang mungkin menarik bagi anda;
  • Agar kami boleh menghubungi anda apabila kami atau mana-mana ahli gabungan kami menjalankan analisis pasaran atau kaji selidik;
  • Untuk mengumpul fakta bagi analisis data produk-produk kami atau produk mana-mana ahli gabungan kami;
  • Apabila kami menjalankan aktiviti-aktiviti jualan silang; dan
  • Untuk berkongsi dengan mana-mana ahli gabungan kami bagi tujuan pemasaran, promosi dan lain-lain tujuan komersial. 

Apabila anda membenarkan kami mengumpul maklumat peribadi anda, anda memberikan kami kebenaran untuk menggunakannya untuk tujuan-tujuan yang disebut dalam halaman ini. 

ADAKAH MAKLUMAT PERIBADI ANDA SELAMAT DENGAN KAMI? 

Ya. Komitmen kami ialah untuk memastikan maklumat anda selamat pada setiap masa. Untuk mencegah kehilangan, kemusnahan, pengubahan, akses/kegunaan yang menyalahi undang-undang atau pendedahan tanpa kebenaran, kami telah mewujudkan langkah-langkah keselamatan organisasi, fizikal dan teknikal yang mencukupi untuk melindungi maklumat yang kami kumpulkan melalui laman sesawang ini.

Kami akan menyimpan maklumat peribadi anda sehingga suatu masa apabila anda menarik balik kebenaran anda, yang anda boleh lakukan dengan menghantar kepada kami satu permintaan bertulis bagi tujuan tersebut ke peti surat kami di GriffinsAsia-CustomerCare@JGSummit.com. Dalam masa dua puluh empat (24) jam dari waktu penerimaan permintaan anda, kami akan memusnahkan atau mengeluarkan maklumat peribadi anda, keseluruhannya dan secara kekal, daripada rekod-rekod kami.

ADAKAH PERKONGSIAN DATA DIBENARKAN?

Sekiranya perlu dan wajar, kami mungkin akan berkongsi maklumat peribadi anda bagi tujuan penyimpanan dan/atau pemprosesan data sahaja kepada ahli-ahli gabungan dan pihak-pihak ketiga, yang akan terikat dengan tahap kerahsiaan dan obligasi keselamatan yang sama.

BAGAIMANAKAH BOLEH ANDA MENGAWAL MAKLUMAT PERIBADI ANDA?

Anda boleh mengawal pengumpulan dan penggunaan maklumat peribadi anda. Anda boleh melakukan ini seperti berikut: 

  1. Anda boleh mengehadkan penggunaan maklumat peribadi anda dengan klik pada butang "Saya tidak bersetuju" (atau yang serupa) setiap kali anda diminta melengkapkan borang untuk data anda.   
  2. Dengan menghantar kepada kami satu permintaan bertulis, anda boleh mengakses maklumat peribadi anda dan melihat butirannya. Jika anda ingin membuat sebarang pembetulan pada data anda, anda boleh menghantar permintaan bertulis anda melalui e-mel kepada GriffinsAsia-CustomerCare@JGSummit.com atau melalui pos kepada:

Universal Robina Corporation - Griffin’s Asia

TERA Tower, Bridgetowne, E. Rodriguez Jr. Avenue (C5 Road),

Ugong Norte, Quezon City, Metro Manila, Philippines 1110

        3. Kami akan memberi respons dalam masa tiga puluh (30) hari dari tarikh penerimaan permintaan anda. Kami mungkin akan mengenakan yuran pentadbiran yang munasabah                  kepada anda untuk mengeluarkan rekod-rekod maklumat peribadi anda.

        4. Anda boleh membuat aduan kepada pengawal selia yang berkenaan jika anda mempunyai asas yang munasabah untuk mempercayai bahawa maklumat peribadi anda sedang                digunakan bagi tujuan lain selain daripada tujuan ia dikumpulkan.

        5. Kami tidak akan mendedahkan kepada atau membenarkan pihak-pihak ketiga untuk menggunakan maklumat peribadi anda kecuali anda memberikan kepada kami kebenaran                anda atau kami diminta oleh undang-undang untuk berbuat demikian.