Griffin telah membuka peluang pada tahun 1864 yang lalu, Ya! 150 tahun yang lepas! Bermula dari pengasas kami, John Griffin, menpunyai visi yang jelas, keinginan untuk menyeronokkan orang lain melalui pembuatan biskutnya. Melihat senyuman, keriangan dan keajaiban pada orang lain adalah pemangkin kepada motivasinya.
Sentiasa mengilhamkan biskut baru, tekstur baru & kombinasi mengujakan, dia meletakkan foil pada biskut, jem di tengah dan coklat di atas. Siapa akan sangka!
John Griffin dan pasukannya mencipta budaya berusaha untuk mara ke hadapan - yang membina kilang dalam situasi tertekan dan terus membuat biskut walaupun menghadapi dua kebakaran kilang dan dua perang dunia. Dan pada dasarnya ianya adalah biskut dibuat segar dari ketuhar dengan cara moden. Sentiasa pasti ada sesuatu agar sesuai dengan citarasa semua orang dan melakarkan senyuman pada wajah mereka. Pasukan dalam Griffin berbangga untuk menyambung tradisi hebat itu sehingga hari ini.
Pada hari ini, Griffin adalah syarikat nombor 1 New Zealand, menjual lebih dari 300 produk dari dua kemudahan pengilangan di Auckland, New Zealand.
Baru-baru ini Griffin telah memulakan perniagaan di Asia dan teruja untuk memperkenalkan rekaannya yang menyeronokkan kepada penggemar biskut di Asia, menambahkan keriangan dan keseronokan yang telah dialami orang kiwi dari generasi ke generasi.
Griffin's, Pembuat biskut kegemaran New Zealand, telah menyeronokkan deria rasa untuk lebih 150 tahun. Biskut kami dibuat dengan teliti dan hanya menggunakan bahan bermutu tinggi, untuk mereka keseronokan citarasa yang pasti disukai anda dan ahli keluarga.
Lihatlah Rangkaian Kami